Bukan SEMUA wanita pencen awal menjaga badan, hanya sebahagian besar mereka.
Perhatikan, majoriti perempuan Malaysia sewaktu bergelar anak dara begitu prihatin
berhubung kecantikan diri. Mereka berusaha memastikan pinggang ramping, perut kempis,
punggung tidak terlalu berlemak dan dada kelihatan montok. Malangnya, usaha terbabit
seringkali dihentikan sejurus kelahiran anak pertama.
Jika ditanya, pelbagai alasan mereka kemukakan. Kekurangan masa kerana bekerja,
suami tidak mampu membiayai kos penjagaan tubuh badan dan sibuk menguruskan
hal rumahtangga. Kesemuanya alasan berbentuk klise.
Adakah alasan itu diterima lelaki secara terbuka? Mungkin, tetapi tidak semua lelaki.
Majoriti mereka ingin melihat tubuh isteri kelihatan terjaga. Mungkin tidak berharap pinggang
isteri seramping pinggang kerengga kerana suami faham, isteri bukan anak dara. Mungkin tidak
menjangka perut isteri sekempis perut supermodel kerana isteri sudah bergelar ibu.
Mungkin suami tidak mengimpikan punggung dan dada isteri seperti milik artis barat
kerana jarang isteri berpeluang ke gimnasium mahupun ke pusat kecantikan.
Bagaimanpun cukup jika sedap mata suami memandang. Bukan begitu?
Saya kagum melihat wanita di Bali, Indonesia. Biarpun bergelar isteri, tubuh mereka kelihatan
terjaga, barangkali kerana khasiat jamu dan terpaksa berhadapan pelancong setiap hari,
mereka ingin kelihatan cantik. Sebahagian wanita di Kosovo tidak kurang hebat penampilan mereka,
mungin kerana ‘negara’ dilanda peperangan sebelum ini, makanan kurang, maka sukar menjadi gemuk.
Apapun, itu semua telahan sahaja.
Jika suami menegur isteri kerana ‘allignment’ tubuh lari, tersilap kaedah, buruk padahnya.
Kata isteri, itu soal terlalu sensitif dan sekaligus mereka kerap mempersoalkan
bagaimana kalau tubuh suami juga sama?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan